Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak pernah memfailkan tindakan sivil terhadap AmBank dari tahun 2015 hingga 2018.
Itu keterangan saksi pendakwaan ke-37, R Uma Devi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin berkenaan kes rasuah 1MDB bernilai RM2.3 billion yang dihadapi Najib.